Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, February 28, 2010

Minggu Pertama Liga - Menang



Alhamdulillah... itu lah kata-kata yang keluar dari mulut aku selepas wisel ditiupkan tanda tamat nya perlawanan pada harini. Team aku Sunthai (disebut santai) Fc telah memenangi perlawanan pertama Liga UTeM Varsiti pada pagi ni dengan markah 3-2. Kami yang membuka tirai perlawanan pada pagi mula-mula ingat dah seri dah... nasib kawan aku score dari jarak jauh untuk menjanjikan kemenangan pada team aku. Tapi disebabkan kebanyakkan team yang join semuanya 'junior' jer... maka kami cuba la bersikap matang bila kadang-kadang bersilihan paham dengan pihak lawan dan juga pengadil... ewaaaahhhh...




Keputusan markah perlawanan harini - Team aku pembuka perlawanan



ni la dua orang penyokong team aku yang terdiri dari budak rumah aku jugak... hahaha.. seorang tu memang player team aku pon tapi injure.. sorang lagi penyokong dari rumah sewa... hahaha



Saturday, February 27, 2010

Liga Futsal Sekretariat Rakan Muda

Esok bermula la satu pertarungan antara pemain-pemain UTeM dalam sukan futsal... ewaahhh.. aku selepas dari poli dulu tak penah-penah masuk tournament futsal dah.. tertiba sebelum raya cina haritu, kawan aku lak minta tolong aku jadi referee untuk satu liga futsal anjuran sekretariat rakan muda UTeM. Jadi aku tanya la ada kosong lagi ke tak, pastu rupanya ada lagi satu tempat kosong... Terus la aku join... tentang jadi referee tu memang aku tolak la.. aku pon bukan tau sangat tentang peraturan futsal ni. Nak mengadili diri sendiri pon terumbang ambing, ini kan pulak nak mengadili perlawanan... adoiii...

Tentang pemilihan pemain bukan aku yang pilih, aku just main jer... hahaha.. sebab kat kelas aku boleh kata kesemuanya boleh main futsal dengan baik.. tu la susah tu, nak pilih terbaik dikalangan terbaik... yang aku tau nama aku ada dah la.. apa-apa pon esok first game aku dalam liga ni.. dah la main selama 2 bulan.. tiap-tiap minggu ada game.. dah macam EPL dah nih...


Thursday, February 25, 2010

MLM ? sahih atau tidak?

Sekarang ini kalau kita tengok perniagaan MLM ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ntah la ianya benar-benar terjamin atau tidak. Info ini aku dapat dari blog kawan aku. Saja nak sharing. Pro and kontra, kita kongsi bersama.

Info : http://anakantuseni.blogspot.com/search?updated-min=2009-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2010-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=36

Kenapa MLM adalah skim piramid?

- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:

- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut
selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak
masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan
berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:

- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,
apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika
anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.'
tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba
memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda
akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi
tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:

- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar,
biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk
tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon
boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut
untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal
kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat
dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif.

Kenapa?- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang
semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina
sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.





Pantai Kerachut

haaaaa.. ni adalah beberapa keping gambar yang sempat kawan aku snap masa kitorang gi trekking ke Pantai Keracut.. Tak boleh letak banyak-banyak.. hahaha.. nanti tercemar keindahan pantai ni.. hahaha.. ayat poyo giler.. apa-apa pon pantai ni tak boleh nak mandi waktu ni sebab obor-obor nyer banyak.. kalau kena, mau berpinau badan semingu dua... ahakz..






Tuesday, February 23, 2010

Selamat hari Jadi Hayat ke 24


fuh... letih... baru lepas rumble dan makan kek birthday kawan aku ni. Nama dia Hayat Abu, housemate aku... hari ni lepas jam 12 malam genap la umur dia 24 tahun maka dia yang selalunya baik-baik belaka dan tak join kami me'rumble' orang ni tertiba terkena rumble lak...


hahahahaha... puas... puas.. dalam rumah ni manada erti kenal belas kasihan... apa-apa pon.. SELAMAT HARI JADI HAYAT ABU...!!!



Monday, February 22, 2010

Dah Sampai...

Alhamdulilah... akhirnya smp jgk aku kt Melaka nih... yela seminggu cuti kt Penang... best jugak la dapat balik kampung seminggu dan luang masa bersama keluarga dan kawan-kawan. Bawa balik laptop konon nak buat PSM la... hampeh... dan taip semuka dua page pastu terus tutup buat benda lain... hahaha... petang tadi aku bertolak dengan kawan-kawan aku ke Melaka ni. Sepanjang jalan asyik hujan jer, kat Penang tak nak hujan plak... asyik panas jer... isk-isk... tapi takper, anugerah tuhan... kita kena terima.. so esok bermakna bermulalah kerjaya aku sebagai pelajar semula... aiyooo banyak kerja tertangguh tak siap lagi nih... isk-isk...

Thursday, February 18, 2010

Makin ramai buat duit dgn Facebook


Manusia dikurniakan akal fikiran, tapi macam mana mereka menggunakannya adalah terletak pada diri masing-masing. Ada yang guna untuk cari ilmu, ada yang guna untuk dekatkan diri dengan tuhan, ada yang gunakan untuk mencari keuntungan dan ada juga yang menggunakannya untuk membuat kejahatan. Tapi aku bukan nak cerita tentang akal, aku nak cerita macam mana kawan aku buat duit dengan Facebook jer. Untung beb, kos iklan dan promosi tak payah keluarkan. Just dapatkan 'add' kan sebanyak kawan yang ada kemudian dan boleh jalan dah bisnes tu.

Kawan aku ni buat bisnes burger jer. Bunyi macam biasa-biasa jer kan, tapi dengan facebook dan dia juga bagi free 'delivery cost' maka setiap malam pastu ada orang order, termasuk aku.. (golongan yang jenis malas nk keluar makan luar). Kawasan dia ni just dalam taman dan kawasan berdekatan jer tapi disebabkan situ banyak student tinggal so kira boleh jalan la bisnes tu. Nak order just melalui facebook jer, then tunggu depan umah. Ni la namanya E-Commerce... ahakz..

Wednesday, February 10, 2010

Laptop aku makin ok ker teruk nih?



adehhhhh.... lama tol aku tak update blog nih... ahakz.. padal baru beberapa hari jer nih.. esok aku akan pulang ke kampung halaman ku kat penang. Yela dok melaka cuti-cuti ni pon bukan buat apa pon, baik balik tengok mak ayah aku kat kampung... ahakz... Cuti seminggu ni semuanya bersemangat nk balik buat PSM yang telah bertangguh sejak sekian lama tapi persoalannya adakah kami akan buat ketika berada di rumah nanti??? haaaaaa itu kita tak tahu...



berbalik pada isu laptop aku nih... aduhhh.. aku telah bertukar dari window XP ker window seven tapi ada sesetengah application tak bleh guna plak.. aduh... aduh... kecewa jgk tapi window seven mmg tip top ar jgk.. senang nk guna.. ala2 vista tapi tk berat... loading pon cepat... laptop aku pon lambat panas.. tapi persoalannya ada application yg tak bleh guna... kecewa nyaaa... (brapa byk tapi darrr..)

Friday, February 5, 2010

Lawatan Unimap ke UTeM - Design to Design

Kelmarin pelajar-pelajar dari Kelab Rekabentuk Universiti Malaysia Perlis (UniMap) telah membuat lawatan ke UTeM aku... jadi kami pelajar-pelajar dari fakulti pembuatan yang ambik major dalam rekabentuk ni terpaksa la menjadi penyambut tetamu kita ni dan bawa mereka pusing2 bengkel FKP... mmg best la sbb dpt mengeratkan lg hubungan 2 hala antara utem dan unimap.. selain tu jgk dpt bertukar-tukar pendapat dgn diorg, diorg pon friendly dan frienster jgk ar.. hahaha... maybe lepas ni kami plak akan buat lawatan ke Unimap...



aku dipaksa bg ucapan wakil klas - kes ragging
















Thursday, February 4, 2010

Ley Park Sunthai Trip ke Pangkor - Hari Kedua - Khidmat Masyarakat



Pada hari kedua... sebelum pulang ke Melaka... kami telah mengadakan lawatan ke seluruh pulau pangkor sambil melakukan khidmat masyarakat... sambil membawa nama universiti ke kampung-kampung di pangkor... hehehe