Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, September 5, 2010

Merdeka dan Ramadhan



Baru-baru ni pada 31/8/2010, kita menyambut kemerdekaan yang ke - 53 untuk negara kita... Alhamdulillah syukur kerana negara kita masih aman walaupon ada sesetengah pihak yang cuba porak poranda kan negara kita dengan menimbulkan pelbagai isu dari isu harga sehinggalah ke isu perkauman... Moga-moga di bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita dapat berdoa agar negara kita akan terus mengekalkan memakmuran dan keharmonian sesama umat...


Sebut tentang Ramadhan nih... kadang-kadang terasa sedih juga kerana ia bakal berakhir tak lama lagi. Bulan ni la kita nak kejar amalan pon.. bukan kerana bulan lain tak boleh. Bulan lain pon boleh juga cuma bulan ini ganjaran dan limpah kurnia rahmat dariNya melimpah-limpah... ganjaran tu berganda-ganda... zaman sekarang ni kita kena la merebut segala peluang yang ada di depan mata kerana sapa tahu yang dia akan bersama lagi dengan Ramadhan yang akan datang... belum tentu lagi kita dapat merasainya... Jadi yang ada sekarang nih, marilah kita sama-sama merebut ganjarannya... Insyaallah...

Wednesday, September 1, 2010

Berbuka di Hotel Summit

Tahun lepas cik mot aku dah belanja berbuka puasa kat Hotel Sunway, so tahun ni giliran aku la plak kena belanja dia... so tahun ni aku pilih berbuka kat Hotel Summit... sebab harga dia tak la mahal sangat macam hotel yang lain.. bulan puasa ni tak elok membazirkan... kena kesederhanaan gitu... ewaaahhh.. ahakz... yang pasti.. HALAL..

Makanan semuanya bufet dan banyak pilihan juga la... tapi yang bestnya ada kambing bakar... dua round juga la aku pi ambik daging binatang tu... kesannya?? malam ni aku sakit kepala... makan kambing banyak sangat... arrrkkkk..!!!