Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Friday, May 28, 2010

Bye Bye Motor ku...



semalam adalah hari terakhir aku menunggang motosikal aku nih... pastu ia akan bertukar tangan ke owner yang baru... ini adalah kerana motor aku telah dijual.. adehhhh.. di sebabkan motor ni dah tersadai kat umah aku nak dekat 3 minggu dah.. maka aku dan bapak aku telah nekad nak jual motor ni kerana dok simpan pon bukan ada orang nak naik..


dulu aku dok naik la masa zaman aku dok belajar dulu.. sekarang ni dah tk belajar dah.. gi kerja pon naik keta.. jadi motor ni dari dok simpan jer baik jual.. jadi semlm aku pon iklan lah motor aku kt Mudah.my... tak sampai 2 jam dah ada 3 org yg berkenan nak beli motor aku.. ada sorang pakcik ni tol2 nak beli jadi petang tu juga dia datang umah aku.. bincang punya bincang.. bapak aku pon jual la kat dia.. Cash RM1600... siap bagi geran lagi...

motor ni byk berjasa pada aku nih... motor ni la satu-satu nya aset yg aku ada selain handphone aku... dan motor ni la aset yg pertama aku dpt masa nak ambik SPM.. kononnya sebagai semangat nk exam.. 6 tahun aku belajar.. dari diploma ke degree.. dari penang ke melaka.. motor ni la peneman hidup ku... susah senang bersama.. akhirnya terpaksa jua aku lepaskan kau pergi... WAVE 100....