Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa dengan Ex-DTP

Sori la tak sempat nak snap mana-mana pic pon untuk event nih... semalam aku gi majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan aku yang sama-sama belajar kat politeknik dulu... best sangat dapat kumpul sembang-sembang... lama tak jumpa.. padahal majoritinya semua dok kat Penang jer.. kami makan kat Restoran Kapitan kat Bandar Perda... ramai giler.. nasib kawan aku si Rahman tu dah tempah awal-awal...



yang syoknya.. punya kalut la pekerja-pekerja kat kedai tu sampai yang kami tak order pon sampai juga. Apa lagi.. perut dah berbunyi, azan dah abis, ada nasi briani plak silap antar... diorang sambar la... hahaha... aku plak langkah kanan semalam... baru nak keluarkan duit, kawan aku si Along dan Rishal dah bawa keluar RM50 sorang sekeping... makan cemei ar aku semalam.. apa-apa pon memnag best la jumpa balik kawan-kawan semua...



Pas makan, kami pi main bowling plak kat Pacific... ambik 3 lanes main sorang 2 game... hahaha... layan juga la... semua pakat dok pulun main bola spin ja.. mana boleh tahan... hahahaha... apa-apa pon, nanti akan ada sesi 2 pulak majlis berbuka puasa nih... harap-harap kali ni lagi ramai la...