Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, September 5, 2010

Merdeka dan Ramadhan



Baru-baru ni pada 31/8/2010, kita menyambut kemerdekaan yang ke - 53 untuk negara kita... Alhamdulillah syukur kerana negara kita masih aman walaupon ada sesetengah pihak yang cuba porak poranda kan negara kita dengan menimbulkan pelbagai isu dari isu harga sehinggalah ke isu perkauman... Moga-moga di bulan yang mulia ini, sama-sama lah kita dapat berdoa agar negara kita akan terus mengekalkan memakmuran dan keharmonian sesama umat...


Sebut tentang Ramadhan nih... kadang-kadang terasa sedih juga kerana ia bakal berakhir tak lama lagi. Bulan ni la kita nak kejar amalan pon.. bukan kerana bulan lain tak boleh. Bulan lain pon boleh juga cuma bulan ini ganjaran dan limpah kurnia rahmat dariNya melimpah-limpah... ganjaran tu berganda-ganda... zaman sekarang ni kita kena la merebut segala peluang yang ada di depan mata kerana sapa tahu yang dia akan bersama lagi dengan Ramadhan yang akan datang... belum tentu lagi kita dapat merasainya... Jadi yang ada sekarang nih, marilah kita sama-sama merebut ganjarannya... Insyaallah...