Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Friday, December 16, 2011

Majlis Resepsi Perkahwinan Aku...

Haaaa haritu aku post tentang perkahwinan aku dan nikah di rumah pengantin perempuan... kali ni di pihak pengantin lelaki plak.. belah aku la plak.. hehehe..




Friday, December 2, 2011

Nikah... Kahwin... dan Tanggungjawab


Alhamdulillah... dengan sekali lafaz, aku dah bergelar suami pada isteri aku.. syukur ke hadrat illahi... moga dengan ibadah baru ni akan dilimpahi dengan rahmat dan rezeki yang tak jemu-jemu datang...

Syukur segalanya telah selesai, cuma kenduri di bahagian aku jer belum berlangsung... dan akan berlangsung pada 11.12.11 nih... maka sekarang aku dah mempunyai tanggungjawab yang baru... iaitu menjaga rumah tangga aku dan selaku ketua keluarga aku... dan yang paling penting ialah membimbing isteri aku ke jalan yang redai tuhan.... insyaallah....


Saturday, November 26, 2011

My Pre-Wedding... Ceritera Cinta






















Sejarah Dalam Hidup Ku....

As Salam...

Lama tol aku tak update blog nih... selepas upload pic pertunangan kawan aku tu.. terus senyap ja.. bukan apa, aku sibuk dengan tugas sebagai pegawai peperiksaan jabatan nih... maklum la minggu exam.. nasib la kelmarin hari terakhir peperiksaan di poli tempat aku mengajar tu.. lega sikit...

Berbalik pada tajuk entry kali nih... sejarah? apa tu sejarah hidup ku tu...? hahaha.. sebenarnya harini aku akan bernikah dengan tunang aku di Slim River, Perak.... so sejarahnya ialah... aku dah tak kan jadi bujang lagi la pasni... dah ada tanggungjawab dan perlu memberi nafkah pada isteri aku nanti... syukur Alhamdullilah... aku harap semuanya akan berjalan lancar... lagi 15 jam aku akan akad nikah... gementar tu memang ada la.. harap-harap semuanya berjalan dengan sempurna... Insyaallah....

Friday, November 18, 2011

Pertunangan Shakila & Fadzli


Hahahaha... dalam dok kata hobi aku menangkap gambar ni hanya untuk suka-suka dan tak terlintas langsung untuk serius dalam industri fotografi ni rupanya hanya omong kosong saja..

Diam tak diam rupanya aku ada buat satu job tunang untuk majlis pertunangan kawan kelas aku masa sekolah dulu. Saja nak try test market... Alhamdullilah bila tuan dan puan punya badan suka gambar-gambar tersebut... payment pon aku ambik murah jer.. ni la hasilnya... biasala aku baru amatur....
















Friday, November 11, 2011

11.11.11



Alhamdullilah syukur ke hadrat illahi kerana aku masih bernafas hingga ke hari ini. Hari ini memang macam hari-hari yang biasa cuma yang bezanya adalah..... TARIKH harini yang begitu cantik... mungkin bagi sesetengah orang tarikh tu hanya tarikh biasa jer... tapi bagi aku ia macam begitu bermakna sebab.... Kita hanya akan bertemu taikh 11.11.2011 atau 11.11.11 hanya seumur sekali jer.

Andai kata kalau kita terlepas tarikh ni maka tiada jalan untuk akan menemui tarikh ini lagi... Maka beruntung la sapa yang bernikah atau melahirkan anak pada tarikh ni... sebab ia begitu cantik dan unik... kita beruntung dapat menemui tarikh ni... hehehehe...