Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Friday, January 28, 2011

2011

Alhamdulillah... syukur pada ke hadrat illahi kerana masih lagi aku bernyawa untuk menulis disini setelah hampir beberapa bulan aku meninggalkan bidang penulisan di blog ni akibat laptop aku yang telah rosak. Akhirnya aku trade-in juga laptop tu sebab asyik masalah Motherboard yang sana jer berlaku.

Dalam tempoh beberapa bulan nih, banyak la juga perubahan yang berlaku pada hidup aku. Antaranya :

1. Dah bertunang dengan Cimot.
2. Tak lagi bekerja di Pulau Pinang ( JCY HDD Technology) sebagai jurutera.
3. Kini dah jadi orang Perlis selepas diminta berkhidmat di Ulu Pauh, Perlis.
4. Dah bertukar kerjaya menjadi tenga pengajar DH41 di Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Perlis.



Perubahan tersebut banyak la mempengaruhi hidup aku sekarang nih. Yela fikir nak cari duit lagi, mengajar lagi... yang paling penting, aku kena study balik semua benda yang aku pernah study dulu masa belajar. Nak mengajar tapi kita dah lupa kan jadi kena la recall balik semuanya. Yela dah 7 bulan tak pegang buku. Pas abis blajar bulan Mei tahun lepas terus aku kerja selama 7 bulan. 14hb Januari 2011 yang lalu baru aku berhenti.

Apa-apa pon aku akan buat yang terbaik la dalam hidup yang baru nih... Wish me luck k~

No comments: