Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Friday, July 15, 2011

Robot Soccer FIRA Malaysia 5th

Minggu ni aku sibuk sikit sebab kena jadi pengadil untuk satu pertandingan robot soccer... mesti ramai tertanya-tanya macam mana aku boleh jadi pengadil kan... peringkat kebangsaan nih beb.. kawan-kawan pensyarah dan bekas se universiti pon tanya...

haaa sebenarnya aku nih bidan terjun jer... orang yang sepatutnya jadi pengadil ni ada kursus.. dia tu memang berpengalaman la... tapi peraturan game ni sama dengan bola sepak yang sebenarnya... so apa ader hal~ layan jer....

Sijil aku sebagai pengadil... peringkat kebangsaan tu...

Aku tengah buat-buat serius plak..


Robot Merlin.. takdak AI.. program kena set sendiri..


Robot SP.. robot ni ada AI.. ada otak sendiri..


berebut bola...


Kick off



Pengarah aku pon ada... yang pakai spec tu

Johan FIRA - Politeknik Johor Bharu
Pengurus team PJB tu kawan aku sama belajar dulu kat UTeM - Sofian

Naib Johan FIRA - Politeknik Kota Bharu


Ketua Pengarah Politeknik

Sesi bergambar pengarah-pengarah Politeknik