Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Wednesday, August 3, 2011

Jabatan kena audit

Fuuuhhhh setelah berminggu-minggu di war-war kan maka harini tiba la masanya Jabatan Mekanikal di audit oleh auditer MQA dalaman... MQA merujuk kepada Malaysian Qualification Agency dimana mereka bertanggungjawab untuk memastikan kualiti pendidikan kita sejajar dengan kehendak dan garis panduan yang dikehendaki....



Dengar bunyi macam senang jer kan... sebenarnya ialah benda yang paling leceh sekali yang aku pernah buat... yela aku bab-bab nak buat file-file nih pastu nak print sana print sini memang 'lazy' skit la... nak sebut malas, segan plak... pastu sistem baru MQA ni memang macam mengikat skit la tugas hakiki aku untuk mengajar nih sebab aku rasa macam terikat dengan sistem. Contohnya sebelum mengajar dah kena prepare soalan kuiz, ujian dan tugasan awal-awal lagi siap dengan markah setiap satu soalan tu di asingkan...

Pastu setiap pelajar dinilai setiap inci dari segi pemahaman, bekerja dalam kumpulan, keboleh upayaan dalam kelas, interaksi bersama rakan dan pensyarah, dan banyak lagi la.. nak buat soalan kuiz, tugasan atau ujian pon kena berdasarkan 'Learning Outcome' yang disediakan pada modul masing-masing... fuhhhhh.... meleleh beb~