Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 54

"Merdeka..!! Merdeka...!! " waaahhhh laungan Tun Abdul Rahman masih terngiang-ngiang di telinga aku bila tengok gambar di bawah nih... walaupon aku tak wujud lagi waktu tu, tapi tengok kat tv jer dah cukup menaikkan semangat patriotisme yang ada dalam diri aku nih...

Pertama sekali, ini lah kali pertama aku sambut Hari Raya dan Hari Kemerdekaan pada waktu yang terdekat.. iaitu beza sehari jer.... waaahhhh kelas gitu.. sebelum ni kita sambut Depa Raya, Gong Xi Raya tapi kali ni Merdeka Raya... waaahhhhh lagi~

Apa-apa pon aku bangga menjadi warga negara Malaysia.. tahniah ke atas semua pemimpin dari dulu hingga kini yang banyak buat perubahan pada negara kita... ombak sekali..!!!


Pada tahun ini, Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke 54 yang sepatutnya disambut pada 31 Ogos akan ditunda kepada 16 September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, penundaan tersebut disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadhan.

Tema Hari Kemerdekaan Kali Yang Ke 54 adalah :

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera