Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Wednesday, May 30, 2012

Jumpa Pensyarah UTeM

Dalam dunia ni banyak benda yang kita tak jangka tetapi berlaku tanpa kita sedari... itulah yang dinamakan "Takdir"...

Pada bulan April yang lalu, aku dan beberapa pensyarah dari Unit Pembuatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah menghadiri Seminar IME Group Rapid Prototype (RP) Open House di Petaling Jaya. Tujuan aku dan beberapa pensyarah dari JKM di PSP ni pergi sebab kami nak survey mesin RP untuk kegunaan unit pembuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumlah, dalam silibus ada belajar tentang RP ni tapi mesin takda jadi macam mana pelajar nak buat amali kan, jadi sebab tu nak survey mesin RP mana yang sesuai untuk dibeli.

Maka nak dijadikan cerita, masa kat open house tu aku ternampak kelibat satu mamat ni yang sangat familiar ar... rupa-rupanya Ejab, kawan baik aku dari diploma sampai la degree kami satu kelas dan housemate sekali.. baru aku teringat rupanya dia ni Engineer Sirim di Selangor, jadi apa-apa event berkaitan RP konfom dia ada la sebab dia dalam bidang RP di Sirim tu.. sembang punya sembang rupanya ada 2 orang lagi yang aku rasa familiar kat situ... laaaa En. Hassan dan En. Zul dari UTeM.. pensyarah fakulti pembuatan dan juga pensyarah aku masa tahun akhir di UTeM dulu... tak sangka tol... hahaha..

En.Hassan, aku, Ejab, En.Zul, pensyarah UTeM baru

Tengah syok dok reunion, En.Hassan dan En.Zul offer jadi jurutera pengajar kat sana tapi untuk fakulti baru dimana mereka adalah tulang belakang fakulti tu... Fakulti Teknologi Kejuruteraan kalau tak salah aku... fuhhhh... terpaksa tolak la sebab aku dah terikat dengan Kementerian Pengajian Tinggi minima 5 tahun.. ejab plak dah sedap kerja di Sirim.. so aku try la bagi kat kawan-kawan aku mana yang berminat...

No comments: