Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Wednesday, May 30, 2012

Kembali ke..... Politeknik Seberang Perai...




 Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama sudah aku menyepi dalam dunia blogging ni atas sebab-sebab tertentu... dan banyak juga lah perkara yang berlaku sepanjang aku menyepi tu hingga kini aku tak tau nak mula macam mana untuk dikongsikan dalam blog aku nih...

Pertama sekali, sekarang ni aku dah tak mengajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis sebab aku dah berpindah ke Politeknik Seberang Perai di Pulau Pinang. Jadi bermula bulan Mac tahun 2012 haritu aku dah mula berkhidmat di PSP ni.

Sebenarnya di PSP ni lah tempat aku mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan. Aku adalah bekas pelajar di politeknik ni masa tahun 2004 kalau tak salah aku lah. Sekarang ni aku kembali berkhidmat bersama-sama pensyarah-pensyarah aku semula... dulu hubungan pelajar dan pensyarah.. kini menjadi rakan sekerja.. mula-mula janggal la juga, tapi lama-kelamaan boleh la suaikan diri... kadang-kadang teringat balik zaman belajar sini dulu... tapi yang pasti, banyak bezanya zaman aku belajar dulu di sini dengan zaman sekarang pelajar di sini... nanti aku kongsikan apa bezanya tu... 





No comments: