Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, June 5, 2012

Mood Cuti lagi...

Minggu ni masih lagi dalam mood cuti... entah la sampai bila mood ni nak bertukar ke mood bekerja. Tapi walaupun masih dalam mood bercuti, kerja tetap kerja sebab pelajar-pelajar cuti tapi pensyarah masih lagi bekerja... tak sama macam cikgu. Jadi di kala pelajar-pelajar sedang bergembira cuti sem ni, aku kat pejabat kemas kini kan nota-nota untuk pengajaran sem depan, pastu buat persediaan untuk subjek baru yang aku kena mengajar nanti... siapkan nota awal-awal... lagi pon waktu ni masih ada lagi pelajar yang tidak bercuti, mereka ambil semester pendek. Maka aku pon tak terlepas dari kena mengajar sem pendek nih tapi giliran aku lagi 2 minggu sebab satu subjek tu dibahagi beberapa topik pada beberapa pensyarah..


Sambil-sambil tu... aku pon dok usha juga perumahan di ipoh dan kepala batas... ingat kalau semuanya takda masalah apa-apa, nak beli la sebuah rumah yang bawah 200k buat aset.. lepas raya puasa tahun nih ker.. insyaallah..... sambil-sambil tu juga, aku dok usha juga tempat perangin yang menarik untuk bawa wife aku makan angin lepas dia habis pantang nanti... lagipun dah lama aku dengan isteri aku tak pergi jalan-jalan... nak ambil mood balik selepas isteri aku keguguran, nanti senang nak merancang semula...kalau semuanya ok... bulan 7 nih ke, nak bawa wife pi jalan-jalan la... lagi pun waktu  tu pelajar baru masuk sem.. tak la sibuk sangat...





No comments: