Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, September 25, 2012

Program Derma Darah Perdana Politeknik Peringkat Kebangsaan 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

 Pada 11 September 2012 yang lalu, Jabatan Pengajian Politeknik telah membuat satu program derma darah peringkat kebangsaan dimana seluruh politeknik di Malaysia ni mengambil bahagian dan mengadakan program derma darah di politeknik masing-masing pada hari tu.

Maka di politeknik tempat aku mengajar pon ada la juga buat program tu tapi... aku tak derma pon sebab... sebab haritu pernah sekali tu aku derma darah... dalam bulan 3 tahun ni juga di politeknik aku.. Lepas derma jer, haaa berat badan aku naik.. sebab bila kita derma darah ni ada sesetengah orang tak jadi apa-apa pon, ada sesetengah orang berat akan bertambah sebab makan banyak kot nak tambah darah balik... hahaha



 Gambar di atasni di print screen kan pada pukul 4.30 petang.. dimana waktu tu jumlah orang yang menderma darah seluruh Malaysia di semua politeknik adalah sebanyak 12,796 orang dan di politeknik aku jer sebanyak 757 orang... tapi dari makluman yang aku dapat.. masa jam 6.00 petang, jumlah yang menderma dah jadi 13 ribu lebih... haaaaa pasni pihak hospital tak boleh komplain la darah tak cukup dah... satu hari depa kutip 13 ribu beg darah dah... hahahaha...




Thursday, September 20, 2012

Projek Veterinar


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dari dulu lagi aku minat dalam bidang penternakan nih... tapi ianya hanya sekadar hobi saja.. tak la sampai untuk dijadikan perniagaan.. tak sangka pula hobi tu sama dengan bapa mertua aku di Slim River nuhhh... baru-baru ni aku balik... haaaa dah macam mini zoo di belakang rumah bapa mertua aku tu... dan first time aku tengok ayam selasih sutera.. kesian betul la aku nih... hahaha


 anak puyuh

 puyuh dewasa

ayam piru / ayam belanda

ayam selasih sutera

ayam burung

arnab induk

burung bayan


Sebenarnya dah lama bapa mertua aku ternak binatang-binatang nih... ada untuk dimakan oleh keluarga dan ada juga untuk dijual.. cuma kali ni jumlah ternakan dia bertambah dan pelbagai lagi... hahaha... mungkin pada masa hadapan ingat nak buat bisnes jual telur ayam plak kot.. telur puyuh, ayam piru, ayam selasih, ayam burung dan ayam kampung.. sebab tak larat nak makan dah di kampung tu.. baik jual jer...






Tuesday, September 11, 2012

Misteri Taman Meru...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Haaaaa.. harini aku nak kongsi sedikit kisah misteri nih... kisah nih berlaku di waktu senja ketika isteri aku sedang berhenti di lampu isyarat di selekoh nak masuk ke Taman Meru... Ketika berhenti menunggu lampu hijau, tertiba isteri aku tengok ada seorang nyonya ni dah agak 'comel' sedang duduk di sebuah tembok di simpang jalan sebelah banner Salam Aidilfitri... maka isteri aku pon tangkap la gambar sebab agak lawak gelagat nyonya seorang ni bagi nya... tetapi...... haaaa selepas sampai jer dia rumah, ketika isteri aku nak tunjuk gambar tu pada aku... tertiba ada kelibat misteri di dalam gambar tersebut... anda saksikan lah sendiri... dan buat lah andaian anda sendiri apanya 'itu'...



Gambar ini bukannya di edit sebab ianya ditangkap dari telefon bimbit isteri aku... persoalan yang ditanya oleh rakan-rakan aku selepas aku tunjuk gambar ini dari telefon bimbit aku, adakah 'nyonya' tersebut betul-betul ada disitu?? ntah-ntah nyonya tu pon...... sebab situ bukan tempat tunggu bas.... dan isteri aku betul-betul pasti bahawa tiada siapa-siapa di belakang lampu isyarat tersebut... banner atau kain putih pon tiada sebab tu laluan isteri aku ke tempat kerjanya...


Misteri Jalan Lamanyaaaaa......





Friday, September 7, 2012

Tangkapan haruan 5 kilogram

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Beberapa hari selepas hari raya aidilfitri yang lalu, aku dan wife aku pulang la ke kampung isteri aku di Slim River, Perak... Kat sana semua adik beradik isteri aku pakat pulang la ke kampung untuk sambut raya bersama keluarga mereka...

Jadi nak dijadikan cerita, ada suatu petang tu anak sedara aku dok mengail ikan di kolam belakang rumah mertua aku... tertiba joran dia sangkut... pastu tarik punya tarik... haaaaaaa... kepala haruan besar penumbuk keluar dari kolam... pakat turun la angkat haruan tu... haaaaa bila timbang... nak dekat 5 kilo tuuuu.... hammmbiiikkkk...!!!















Wednesday, September 5, 2012

Tenaga Pengajar versus Jurutera

Assalammualaikum..... Salam sejahtera

Haaaaa.... macam mana tajuk entry aku kali nih...? kejap 'aku' kejap 'saya'... lantak la.. ikut mood... ok sekarang ni tengah hot di Facebook atau blog-blog pasal ada seorang gadis tu yang baru habis belajar pastu jadi la jurutera atau nak up sikit.. jadi la engineer dan dia memerli golongan manusia yang menjadi 'cikgu' ni kerana baginya jadi cikgu ni untung banyak... maka berlaku la peperangan epic antara golongan 'cikgu' dan 'jurutera' di mana masing-masing nak mempertahankan kemuliaan jawatan mereka di mata masyarakat....

Sebenarnya aku pernah bekerja sebagai seorang jurutera ( cita-cita pertama) dan sekarang aku bekerja sebagai pensyarah ( cita-cita kedua). Bagi aku la, kedua-dua pekerjaan tersebut ada pro dan con masing-masing sebab aku ada pengalaman bekerja bagi kedua-dua pekerjaan tersebut, jadi aku bercerita sekarang ni melalui pengalaman aku la... jadi jangan pandai-pandai nak mempertikaikan... base on true story nih... hehehe...

Aku bekerja sebagai "Tooling Engineer"


Sebenarnya aku bercita-cita nak jadi jurutera ni dari aku sekolah teknik lagi... tu cita-cita pertama aku... mungkin sebab minat aku lebih kepada kejuruteraan... SPM pon aku score subjek kira-kira jer... jadi lepas aku tamat ijazah sarjana muda, Alhamdullilah aku ditawarkan bekerja sebagai jurutera perkakasan di sebuah kilang membuat hardisk di Bukit Minyak, Pulau Pinang.


Dari pengalaman aku sebagai jurutera perkakasan nih :

1) Jadi engineer sapa kata hanya berdepan dengan mesin jer, kena berhadapan dengan boss ( kena buat presentation seminggu sekali), kena berhadapan dengan technician ( check kerja diorang buat ikut SOP ke tak), kena berhadapan dengan operator dalam production ( kena ajar diorang buat proses ikut SOP sebab kalau technician ajar diorang takmo dengar).
2) Pakaian bebas janji tutup aurat sebab kena pakai "jumpsuit" bila masuk production atau line jadi pakai hensem-hensem pon bila masuk production bukan orang kenal pon...
3) Ada meja sendiri dan bilik sendiri yang penuh dengan mesin-mesin untuk di up grade dan mesin projek ujikaji sebelum letak di line... ada la privasi sikit...
4) Jadi engineer ni rasa diri besar sikit... tunjuk jer orang buat... arah jer orang buat... yang paling best, kalau aku tak sign borang gaji technician aku tak dapat gaji la... haaaa baru diorang dengar cakap aku.
5) Ada beberapa technician di bawah aku, so dah boleh jadi macam boss sikit dah... tapi aku tak pernah la rasa diri macam tu...
6) Masuk production jer dengar operator-operator dok bisik-bisik "Engineer dah masuk, engineer dah masuk... "... haaaaa takut juga ek diorang... kalau aku jumpa operator buat kerja tak ikut SOP, aku ambil nama bagi supervisor jer... potong gaji diorang..
7) Sentiasa ada projek samada projek baru atau projek penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti proses dan produk syarikat... jadi belajar dan terus belajar...
8) Jadi engineer ni takda skop kerja khusus... maksud aku, takda kerja rutin... tiap-tiap hari kerja berbeza sebab dok buat projek syarikat...
9) Kena belajar bagi master dulu sesebuah mesin baru sebelum ia diletakkan dalam production sebab kalau rosak atau break down, technician tak boleh buat, engineer kena turun pi buat atau ajar technician... haaaa...
10) Gaji boleh baget... kalau bulan nih nak pakai duit lebih... rajin-rajin la buat OT.. tapi OT engineer berapa la sangat...
11) Kerja dalam offer letter 8 jam sehari... tapi tu dalam offer letter la.. selalunya lebih dari 8 jam... kadang-kadang sampai malam... kadang-kadang dok kat rumah best-best, tertiba technician call kata mesin break down pastu diorang tak boleh buat... dengan pantas aku kena berkejaran ke kilang untuk setelkan masalah tu... lagi tak ok, selalu tu la stay back...
12) Kena marah dengan manager tu dah jadi perkara biasa... tapi jangan amalkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan... kang kena keluar terus dari kilang... baru padan muka aku...
13) Yang paling best... harini kerja, harini punya fikir, harini punya masalah... balik rumah... tak payah fikir tentang kerja dah... esok masuk kilang baru start balik fikir pasal kerja... maksudnya kerja di pejabat tak dibawa balik ke rumah... melainkan hal berkaitan dengan projek...

Dan ada banyak lagi la... tapi aku malas nak taip panjang-panjang... kalau nak tau lagi... jadi la engineer... hehehe...



Aku bekerja sebagai "Lecturer"


Sebenarnya cita-cita aku yang kedua adalah untuk menjadi tenaga pengajar... tak kira la samada cikgu ker... pensyarah ker... pegawai latihan vokasional ker... janji kerja aku mengajar... sebab aku dari sekolah lagi suka mengajar orang... maksud aku, kalau aku paham sesuatu perkara tu, aku tak segan silu mengajar kawan-kawan aku bagi paham juga... dan aku akan ajar sampai diorang paham... kalau aku ajar, diorang tak paham... aku rasa tak puas...

Alhamdullilah selepas sekian lama bekerja di industri, aku dipanggil oleh kementerian pengajian tinggi (KPT) untuk berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi atau Pensyarah atau nak glamer sikit... sebagai Lecturer di politeknik.... maka bermula lah kerja aku sebagai pensyarah politeknik sampai la sekarang...


Dari pengalaman aku sebagai pensyarah nih :

1) Kerja 8 jam sehari, itu on paper jer... kadang-kadang kalau kelas batal atau pelajar-pelajar ada hal... terpaksa buat kelas ganti... kelas ganti bukan boleh buat ikut sedap hati ja.. kena rujuk jadual waktu mengajar dan jadual waktu pelajar.. selalunya kelas ganti buat malam la... tu dah lebih 8 jam tu.. OT takda yer.. kalau kerja lebih office hour tu kira sebagai kerja amal namanya...
2) Seminggu kena ajar sekurang-kurangnya mesti melebihi 18 jam... pastu kalau ada waktu terluang tu kena prepare soalan untuk kuiz, tugasan, kajian kerja dan ujian...
3) Kena buat filling... setiap tugasan, kuiz, kajian kerja dan ujian kena simpan dalam fail, setiap kursus satu fail, setiap kelas pula fail yang berasingan.. tujuannya kalau ada audit dari KPT, kita dah ada rekod semua bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4) Kena buat fail rekod pelajar... dalam fail tu plak kena masukkan semua markah pelajar dari setiap kelas yang kita ajar, kehadiran pelajar semua kelas yang diajar, surat amaran, surat sakit, silibus kursus yang kita ajar, rancangan mengajar untuk setiap kursus yang kita ajar...
5) Sebelum mula semester dah kena rancang bila kita nak buat ujian, kuiz, dan tugasan kepada pelajar.. kemudian minggu ni nak ajar apa, minggu depan nak ajar apa, sampai la hujung semester.. kemudian nota kena buat sendiri kemudian bagi ketua proses periksa dan sahkan sesuai atau tidak dengan silibus dan pelajar... soalan kuiz, ujian dan tugasan semuanya kena buat sendiri kemudian minta ketua proses periksa dan sahkan...
6) Nak mengajar pula buka boleh ajar ikut kepala hotak sendiri dan sesedap hati juga.. kena tengok pada pelajar.. bukan semua pelajar cepat tangkap apa yang kita ajar.. bukan semua pelajar faham apa yang kita ajar, bukan semua pelajar datang kelas nak belajar... haaa kena check semua tu..
7) Nak handle pelajar yang bermasalah bukan sesenang nak handle mesin yang bermasalah... tambah-tambah zaman sekarang ni semuanya nak disaman... kena fikir sebelum bercakap dan melakukan apa-apa..
8) Jadi pensyarah nih bukan sekadar ajar kursus yang diperlukan juga.... pada masa yang sama kena jadi ustaz untuk tegur dan beri peringatan hal-hal berkaitan agama, kena jadi pakar motivasi untuk tarik perhatian pelajar untuk belajar dan pasang cita-cita, kena jadi ahli sukan untuk ajar pelajar bersukan, kena jadi project planner untuk buat program-program kepada pelajar... untungnyer jadi pensyarah.. tangan di dada mata ke atas...
8) Mengajar kena campur bahasa melayu dan bahasa inggeris sebab kalau ajar full in english, kang macam itik bercakap dengan ayam pulak... kena campur-campur... sebab soalan final pelajar dalam bahasa inggeris..
9) Kerja kalau tak habis, bawa balik sambung kat rumah... contohnya kalau tanda jawapan untuk kuiz dan tugasan pelajar, kalau tak habis harini pastu nak sambung buat esok pulak alamatnya memang tak siap la sebab esok nak buat kerja lain pula, bukannya ajar satu kelas dan satu kursus jer... jadi bawa la balik tanda jawapan kuiz dan tugasan di rumah pula...
10) Harini mengajar, pastu balik rumah tak setel lagi... kena prepare untuk mengajar esok pula.. sekurang-kurangnya kena ambil sejam dua untuk refresh benda yang nak diajar esok pagi... kalau mengajar tanpa buat persediaan, itu menganiaya pelajar namanya... jadi di pejabat bekerja, di rumah pon bekerja...

Dan ada banyak lagi la pengalaman-pengalaman yang aku nak kongsikan... tapi malas nak taip panjang-panjang... hehehe


Jadi kesimpulannya, rezeki tu di tangan Allah S.W.T... jangan la kita menghina apa jua jenis pekerjaan selagi ianya kerja yang halal... setiap benda di dunia ni ada baik dan buruk, cantik dan hodoh, dan setiap pekerjaan pon sama juga, ada yang baik dan ada jua yang tidak baik.... jadi perdana menteri pon ada yang ok, ada yang tak ok, jadi ustaz pon ada yang ok, ada yang tak ok... di mana yang tak ok tu kita sama-sama baiki lah... Yang paling penting... kerja itu ibadah..!!

Peace Yor!!