Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, September 25, 2012

Program Derma Darah Perdana Politeknik Peringkat Kebangsaan 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

 Pada 11 September 2012 yang lalu, Jabatan Pengajian Politeknik telah membuat satu program derma darah peringkat kebangsaan dimana seluruh politeknik di Malaysia ni mengambil bahagian dan mengadakan program derma darah di politeknik masing-masing pada hari tu.

Maka di politeknik tempat aku mengajar pon ada la juga buat program tu tapi... aku tak derma pon sebab... sebab haritu pernah sekali tu aku derma darah... dalam bulan 3 tahun ni juga di politeknik aku.. Lepas derma jer, haaa berat badan aku naik.. sebab bila kita derma darah ni ada sesetengah orang tak jadi apa-apa pon, ada sesetengah orang berat akan bertambah sebab makan banyak kot nak tambah darah balik... hahaha



 Gambar di atasni di print screen kan pada pukul 4.30 petang.. dimana waktu tu jumlah orang yang menderma darah seluruh Malaysia di semua politeknik adalah sebanyak 12,796 orang dan di politeknik aku jer sebanyak 757 orang... tapi dari makluman yang aku dapat.. masa jam 6.00 petang, jumlah yang menderma dah jadi 13 ribu lebih... haaaaa pasni pihak hospital tak boleh komplain la darah tak cukup dah... satu hari depa kutip 13 ribu beg darah dah... hahahaha...




No comments: