Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Thursday, September 20, 2012

Projek Veterinar


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dari dulu lagi aku minat dalam bidang penternakan nih... tapi ianya hanya sekadar hobi saja.. tak la sampai untuk dijadikan perniagaan.. tak sangka pula hobi tu sama dengan bapa mertua aku di Slim River nuhhh... baru-baru ni aku balik... haaaa dah macam mini zoo di belakang rumah bapa mertua aku tu... dan first time aku tengok ayam selasih sutera.. kesian betul la aku nih... hahaha


 anak puyuh

 puyuh dewasa

ayam piru / ayam belanda

ayam selasih sutera

ayam burung

arnab induk

burung bayan


Sebenarnya dah lama bapa mertua aku ternak binatang-binatang nih... ada untuk dimakan oleh keluarga dan ada juga untuk dijual.. cuma kali ni jumlah ternakan dia bertambah dan pelbagai lagi... hahaha... mungkin pada masa hadapan ingat nak buat bisnes jual telur ayam plak kot.. telur puyuh, ayam piru, ayam selasih, ayam burung dan ayam kampung.. sebab tak larat nak makan dah di kampung tu.. baik jual jer...






No comments: