Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, November 25, 2012

Home make Burger Patty


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa harini aku nak share cara nak buat daging burger atau 'Patty' sendiri... atau dalam bahasa ingeris disebut 'Homemade Patty'.. Sebenarnya buat patty ni dah lama aku teringin nak buat sebab kadang-kadang makan kat kedai burger, daging tu kita makan rasa tak puas dan patty buatan sendiri ni kita boleh buat macam-macam perisa mengikut kreativit kita... nak BBQ ker.. black pepper ker... spicy ker... bergantung pada selera masing-masing... satu lagi yang best, kalau buat sendiri, daging tu kita boleh buat tebal-tebal.. ehhhhmmmm baru layan bila makan....

Ok bahan-bahan dia simple jer...

 1. Daging Kisar 4 cawan
 2. Breadscum atau serbuk roti 2 cawan
 3. Telur 2 biji
 4.  Sos BBQ
 5. 1 sudu setengah garam
 6. Gula sedikit.. (taknak letak pon takpa)

* Bahan-bahan tersebut boleh buat dalam 10 keping patty bergantung pada ketebalan yang kita setkan.



Gaulkan semua bahan sekali cuma telur tu masukkan sendiri demi sendiri... jangan masukkan terus semua... gaul sampai sebati... patut bentukkan lah patty tu ikut ketebalan yang kita nak... dah siap patty.. boleh la nak bakar atau gorengkannya... nyum2... 








 


Kursus Induksi Kumpulan 1 Bil. 12 / 2012 - Emerald Puteri Hotel



























Saturday, November 10, 2012

Harini 10/11/12

Dalam sejarah dan seumur hidup hanya sekali saja kita akan jumpa tarikh nih... 10 November 2012 atau pon 10/11/12... cantik kan... hargainya....

Thursday, November 8, 2012

Kerja oh kerja.... hati kena ikhlas

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi bernafas untuk menulis blog ini. Lama tol aku tidak menulis di dalam blog ini kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja di dunia ini. Harini aku baru lepas balik dari kursus induksi selama 2 minggu di Sungai Petani. Tapi bukan pasal induksi yang aku nak cerita di sini.

Berbalik pada kerja aku, sebelum aku pi kursus ni, banyak kerja-kerja aku yang tertangguh seperti nak siap kan PB pelajar, kemas kini fail dan tanda kertas jawapan tugasan-tugasan. Aku baget masa kursus boleh la aku siapkan kerja-kerja nih, tapi jangkaan aku silap. Macam mana nak siapkan kerja-kerja tersebut jika kursus dari pagi sampai malam terus menerus setiap hari selama 13 hari. Tak kira tugasan berkumpulan serta tugasan individu yang aku kena buat sepanjang kursus tu lagi... maka kerja-kerja hakiki aku tu tertangguh la sekejap...


Harini selepas exam induksi pagi tadi, aku terus ke pejabat untuk siapkan beberapa kerja yang tertangguh. Esok aku maybe aku dok di pejabat dari pagi sampai petang atau silap-silap boleh terlajak sampai malam untuk siapkan beberapa lagi kerja tertangguh. Kerja di perkhidmatan awam ni mesti lah kena amanah dan tanggungjawab... walau apa pon masalah yang dihadapi, kita kena bijak menguruskannya... kerja still kena hantar on time.. kerja mesti disiapkan walau apa pon dugaan dan halangan yang datang... :-)