Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, December 30, 2012

KIS 2013



 Akhirnya setelah berhempas pulas sejak dari dulu lagi... dapat juga aku memiliki KIS 2013 nih... sebelum ni aku dah pakai KIS 2013, beli online yang jual key jer tapi asyik kena block jer... last sekali terus tak boleh guna...

So, terpaksa la aku beli dari kedai terus.. walaupon kopak RM90... tapi demi keselamatan laptop aku... korbankan juga la....

Apa yang aku boleh tuliskan, KIS 2013 ni memang terbaik la... banyak benda yang di protect kan.... nak cerita takut panjang sangat... maka search la sendiri ek... hahahaha





Saturday, December 29, 2012

Kegilaan Photoshop CS3...



Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Sejak-sejak aku berkursus tentang adobe photoshop tempoh harini... minat aku dalam editing ni makin membuak-buak plak... jadi, untuk takmo bagi ilmu yang aku belajar haritu terbuang macam tu saja... maka aku pon install la CS3 ni dalam laptop aku untuk aku berlatih dari semasa ke semasa...



Haaa... ni gambar yang aku belum edit lagi... saja nak try test edit-edit skit.... maka....


Haaa... ini plak hasilnya pas aku edit... saja test guna 'level' , 'contrast', dan len flare skit... hehehe...







Friday, December 28, 2012

Baju Save Gaza - Palestine from Burn Soul



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaaa... 2 minggu lalu aku ada terbaca satu page kat Facebook yang jual baju-baju online nih... lalu aku pon belek-belek la.. tertiba ada satu design yang diorang baru buat... dah jumlahnya akan dibuat limited dan tempahan hanya dibuka pada 3 hari jer....

Maka dengan pantas aku hubungi admin dia dan terus bank in duit deposit untuk baju nih... bukannya sebab apa... dengan adanya baju  nih... aku boleh berkempen tentang rakyat di Gaza tu dengan lebih mudah... kita pakai, orang baca... maka diorang akan paham sendiri... kalau bukan kita yang nak support, sapa lagi... lagipon beberapa percent dari harga baju ni akan di dermakan pada tabung Palestin...









Thursday, December 27, 2012

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.





Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Harini merupakan satu hari dalam sejarah di mana kita mengalami tarikh 12 Disember 2012 atau pon 12/12/12.. Tarikh ini hanya sekali saja kita akan jumpa dalam seumur hidup ini dan bersyukurlah kerana kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan tarikh ini... Alhamdullilah....

Tuesday, December 11, 2012

Durian Crepe Home made

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Haaaa sejak dua menjak musim durian crepe nih... aku pon tak melepaskan peluang untuk mencuba membuatnya... bukan setakat cuba buat jer.. aku siap buat bisnes jual lagi durian crepe yang aku buat nih... sebab... sebab... orang kata sedap... haaaa... hahaha... angkat bakul masuk sendiri...


Ok nak buat durian crepe ni bukannya susah pon cuma leceh jer... tapi usaha tangga kejayaan kan..

Bahan-bahannya ialah:

Untuk buat crepe tu;

250g tepung gandum
500ml santan
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 teh garam
pewarna

 Untuk cream;

whiping cream no dairy 250ml
1 sudu teh gula

 dan last sekali isi durian yang telah dilenyek...


Campurkan semua bahan untuk buat crepe tu dan blend sehingga sebati.. dan tapiskan dulu sebelum tuangkan ke hot pan... panaskan sebelah jer atau satu bahagian jer... bahagian yang elok tu kita buat kulit bahagian luar crepe....

Kemudian pukul cream dgn gula dengan mixer sampai kembang... kemudian dah boleh balut crepe tu...


Senang jer kan... antara mau dengan takmo jer... 


Nak order? hallo hallo jer....





Tuesday, December 4, 2012

Pavlova Lagi... hehehe


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haritu aku share pasal pavlova yang 1st time aku buat kan.. sejak haritu aku tak puas hati sebab tak mantop lagi... jadi aku buat la lagi... lagipon bahan-bahan ritu ada lagi... maka aku buat la lagi... nyummm nyummm



Kali ni tak hangus dah di bawah nya... haaaa... practice make perfect... gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan... jangan mudah putus asa.... pegang kata-kata tu... otak kita semua sama saiz.. kenapa orang lain boleh tapi kita tak boleh? sebab kita dah set dalam kepala yang KITA TAK BOLEH..!! buang sikap tu...






Pavlova Homemade


 Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa harini aku nak kongsi cara nak buat pavlova plak... sebelum ni kita dok dengar orang dok sebut pavlova la dan sewaktu dengan nya... maka harini aku nak share la cara nak buatnya.. kalo nak beli sebijik pon mahal jugak jadi baik buat sendiri lagi jimat....

Ok bahan-bahannya adalah....

4 biji telur putih sahaja ( telur kuning tkmo2 yer...)
1 cawan gula caster ( kalau manis bleh kurangkan lagi..)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan

Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream No Dairy
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar - pakai buah kiwi dan strawberri



 Pukul semua telur putih dengan kelajuan yang tinggi sampai kembang.. masukkan gula sedikit demi sedikit

Masukkan bahan2 yang lain tapi kacau guna spatula jer... lalu bahan ni jadi la 'meringue'



Nak tau meringue ni dah tol2 kembang ke tak.. korang terbalikkan bekas adunan tu... kalo dia tak tumpah, kira dah mantop la tu... tuangkan ke atas kertas minyak atau baking paper... buat meninggi yer sebab kalau korang buka oven terlalu cepat nanti, dia akan mendap...

 

  Suhu dan masa bergantung pada oven korang semua la ek... oven aku biasa2 punya jadi aku pkai suhu 110 darjah celcius pada masa sejam... kalo atas dia dah kekuningan atau keperangan tu kira dah masak la tu... texture dia, luar garing dalam lembut...



 Kemudian pukul whiping cream dan bahan-bahan toping sampai kembang... tuangkan atas pavlova ni... letak la potongan buah-buahan atasnya... tujuannya nak bagi contra masam dan manis.. better pkai buah2 yg masam la... 



* ni 1st time aku buat, jadi bawah dia terlebih masa skit.... huhuhuhu....