Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Saturday, October 13, 2012

Kembali blogging...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dah seminggu aku dok kat sungai dua... seminggu dua ni aku bz skit dengan persiapan pengajaran di poli lepas tu plak aku baru jer berpindah rumah dari ipoh ke penang sebab isteri aku dah dapat tukar ke Butterworth.. syukur pada Illahi kerana doaku tuhan makbulkan.. sebelum ni aku dapat jumpa isteri aku sabtu ahad jer... tapi berkat kesabaran aku dan isteri aku serta diiringi doa setiap kali solat, akhirnya aku dapat juga tinggal bersama isteri aku setiap hari...

Lepas tu di rumah baru aku di sungai dua ni susah skit nak dapat line broadband.. jadi dalam kepala ni ingat nak tukar ke TM jer... pakai wifi atau  kabel ke... yela dok bayar bulan-bulan tapi takbleh guna kan membazir namanya... kat office jarang sangat online sebab nak dekat-dekat hujung sem ni banyak benda nak kena setel kan. Proses P&P kena berjalan lancar... tak lama lagi student2 aku dah nak ambil final exam dah.. preparation diorang kena ok, kalo tak nanti ramai yang terkandas plak.. manada pensyarah yang nak tengok pelajar mereka gagalkan.. tapi nasi tu kalo dihidang jer, takde tangan yang menyuapkannya.. tetap tak masuk ke mulut juga nasi tu... haaaa... metafora lagi...