Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, February 24, 2013

Trend - Burger Bakar

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ehhhmmmm... bila sebut jer burger bakar, mesti semua dah tau kan apa benda tu... cuba try sebut burger bakar 2 tahun yang lalu... sapa pon tak tahu... sekarang ni dah jadi trend ramai yang buka stall burger bakar, tambah-tambah di Penang nih... dulu tak salah aku cuma ada satu stall jer.. sekarang ni boleh di katakan setiap daerah ada stall burger bakar... cuma membezakan hanya lah harga dan sedap atau tak jer...




Maka aku pon sama juga... terpaksa la ikut trend burger nih.. kalo keluar nak makan burger jer, mesti nak cari burger bakar.... hahaha... ahhhhh semua ini POYOOO..!!





Sunday, February 17, 2013

Kipas Besar di RTC Gopeng

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah dapat lagi menulis pada hari ini untuk dikongsi bersama-sama pembaca blog yang lain... haaa entry kali ni aku nak menceritakan tentang satu benda yang first time aku jumpa... orang pernah jumpa ke tak tu aku tak pasti la...

Masa dalam perjalanan pulang dari rumah mertua aku ke Penang, aku dan wife aku singgah la di RTC Gopeng di sebelah Hentian Rehat Simpang Pulai. Bagus juga la diorang buat RTC tu sebab di samping kita dalam perjalanan ke utara, di highway juga kita boleh singgah ke Mydin, pasar argo, makanan dari kiosk yang pelbagai serta membeli belah di mall tanpa kita perlu exit keluar dari highway....



Tapi bukan pasal RTC yang aku nak cerita.. yang aku nak cerita adalah kipas terbesar yang aku pernah aku lihat... kipas tu di pasang di medan selera RTC tu... pusing slow je tapi memang sejuk la angin yang dikeluarkan oleh kipas tu...



Haaa... tak pasal-pasal mata dan hidung wife aku jadi model dalam gambar di atas... hehehe... tapi memang besar tol kipas tu.. dalam gambar tu kipas tu dari jauh nampak besar dah.. bayangkan bila dia dok atas kepala kita... perhhhh.. tapi sejuk jer...









Saturday, February 16, 2013

Satey Home made di Rumah Mertua

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

 Semasa cuti raya cina yang lepas, aku dan wife aku balik la kampung wife aku bersama bapa dan mak mertua aku sekali... alang-alang nak hantar mereka pulang, kami plan untuk balik kampung terus la dalam 2, 3 hari kat Felda Sg Behrang, Slim River.

Waktu kat rumah mertua aku tu, ramai plak adik beradik wife aku pulang ke kampung maka bapa mertua aku plan nak buat kenduri doa selamat skit la.. maka aku ditugaskan untuk membuat satey... haaa... satey yang aku buat ni makan 2 cucuk dah kenyang tau... hahahaha...


Setelah diperap dengan ramuan tertentu maka aku pon mula lah mencucuk isi ayam dan daging ke lidi satey tu... tak bakar lagi dah terliur nih..






 Sambil dok buat tu dok kira juga... sebab nak kena baget dapat dalam 200 cucuk untuk tetamu kenduri doa selamat tu...


 

 haaaaa... dah siap cucuk daging ke dalam lidi satey.. tunggu apa lagi... pi belakang rumah... setting tempat nak bakar... bakar arang bagi jadi bara... dah cukup bara yang sesuai maka aku dengan abang ipar aku pon susun la satey-satey ni... dapur bakar satey pon home made juga yer... susun bata jer tu... alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada haritu... semua satey SOLD OUT pada malam tu... - end









Tuesday, February 12, 2013

Makan Besar Family + Mertua

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Masuk minggu ni dah 2 minggu mertua aku tinggal dirumah aku. Tak la sunyi sangat aku dengan bini aku di rumah dan kedua-dua mertua aku sangat pandai memasak. Yela sementara nak tunggu kehadiran insan ketiga iaitu my first baby bulan April ni, insyaallah.. Depa masak memang sedap-sedap.. sebab tu la kalau aku balik kampung bini aku di Slim River, bila balik mesti berat naik... hahaha...


Saja la mertua aku nak jalan-jalan di Penang ni. Lagipon ramai adik beradik bini aku tinggal di utara ni. Jadi semalam family aku ajak la mertua aku gi makan ikan bakar di persiaran Queenbay, Penang. Bestla juga.. layan jer sebab bukan malam minggu jadi orang tak ramai pastu makan betul-betul tepi pantai plak.. fuhhhh... memang layan la.. kalau hari minggu, sampai kena beratur nak cari tempat duduk... lagipon sekali sekala makan ramai-ramai ni seronok jugak.


Aku ni sebenarnya kalau bab makan, tak berkira sangat tentang harga. Mungkin terikut-ikut cara abah aku rasanya.. Yela, kalau makan sedap, servis ok.. mahal pon takpa... janji puas hati.. sebab kalau mahal-mahal pon masuk ke perut kita juga... nikmat kesedapan tu sebenarnya tak dapat di jual beli.. hahaha...


Malam ni nak hantar mereka pulang ke kampung dah.. insyaallah bulan depan mungkin mak mertua aku datang balik kot sebab nak jaga bini aku yang nak dekat due date dah...









BB1M - Baucer Buku 1 Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ni agak sibuk sikit sebab kena buat kuiz dan ujian Industrial Robotics pada pelajar semester 5. Di samping kesibukkan tersebut, datang pula BB1M ke PSP. Untuk pengetahuan, tujuan BB1M ini untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Setiap pelajar diberi RM250 pada tahun ni. Pada tahun lepas, pelajar dapat juga BB1M tapi RM200 jer. Tahun 2013 ni kerajaan up lagi RM50. Tu pon ada yang tak bersyukur lagi dengan pemberian ini.


Jadi minggu ni berebut-rebut la pelajar datang je pejabat ni untuk ambil baucer ni, termasuklah pelajar-pelajar aku seramai 20 orang dari kelas DTP 2. Tapi setiap sorang aku pesan suruh beli buku yang berguna sebab ada kes tahun lepas dimana ada pelajar menjual baucer ini untuk mendapat tunai. Siap promosi di mudah.my lagi... haaa kali ini kerajaan dah pantau masalah ni dari setiap media sosial yang ada di negara ni.... ehhhmmmmm...


Untung la pelajar sekarang, zaman aku dulu semuanya kena pakai duit sendiri. Nak beli buku kat universiti mahal-mahal, jadi terpaksa kongsi dua, tiga orang untuk beli satu buku. Kadang-kadang pinjam di perpustakaan, kemudian fotostat jer nota-nota yang perlu.. nak seribu daya...