Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, March 19, 2013

Kacang Pool Haji, Larkin, JB


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa... lama tak menulis... busy skit.. harini baru berpeluang menulis semula.. ok, cerita di JB tak habis lagi.. maklum lah first time jejak kaki ke JB... Kali ni aku nak cerita tentang Kacang Pool Haji di Larkin..


 

Kalau mai JB ni, jangan lupa pergi ke area Larkin untuk pekena Kacang Pool Haji nih.. memang famous di Johor... kalau taktau tempat, sampai ja JB terus tanya orang kat situ... konfom diorang tau kat mana....

Kacang pool yang dimasak macam dalca ni diletakkan telur setengah masak plak dan dimasak dengan roti bakar... fuhhhhhh... meleleh beb....


  

Maka aku rekemenkan pada korang yang membaca ni kalo sampai JB, haruslah mai makan... try rasa dulu... aku mula-mula nampak macam tak lalu tapi licin jua akhirnya... sekurang-kurangnya kalo orang tanya pernah makan tak... maka bleh la jawab.... Pernah..!!




Wednesday, March 13, 2013

Johor Premium Outlets



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa... harini aku nak kongsi pengalaman aku singgah di JPO.. atau pon dipanggil Johor Premium Outlets... aku singgah sini masa on da way balik dari JB ke Penang....


Tempat ni memang lain dari yang lain skit sebabnya semua kedai ni kategori butik.. tak macam kat shopping complex... setiap kedai sebijik-sebijik... dan suasananya jenis 'open shopping'... sebab tempat dia terbuka.. nak rasa aircond kena masuk setiap butik yang ada la...

 Kat JPO ni banyak jenama-jenama pakaian yang kita tak pernah dengar atau yang susah nak cari di shopping complex yang biasa...



Pastu barang-barang kat setiap ni boleh tahan juga la harganya... kalo teringin kat tengok t-shirt sehelai RM1000 ke RM4000 ada la kat sini... bagi yang pompuan, nak tengok handbeg sampai RM30,000 sebuah pon ada kat sini... aaaalllllaaaaa baru 30k... hahahaha


Jenama yang biasa-biasa pon ada... bukannya semua barang branded-branded jer sini...


Tapi aku tengok seluar Levi's kat sini agak murah la berbanding dengan kat shopping complex... 501 baru RM150 jer... pastu kadang-kadang kat JPO ni suka buat sales mengejut... haaaaa nasib la sapa yang pi waktu tu.... huhuhu...








Saturday, March 9, 2013

Tandas dewan New York Hotel


Haaa sepanjang aku ber 'out station' di JB.. aku menginap di New York Hotel ,JB... makan, bilik dan servis semuanya memang terbaik la... tapi sepanjang di hotel tu, aku kena buat kerja di dewan hotel tu... jadi 5 hari la aku dok di dewan hotel tu bekerja...


tapi yang nak aku kongsi sini adalah tandas di dewan tingkat 23 hotel ni.. perhhh... view dia memang cantek tol la... nak 'melepas' pon feel jer... kebanyakkan orang yang masuk tandas dewan ni mesti bergambar... 


Sambil membuang hajat sambil tengok bandaraya JB... satu idea yang menarik la... kadang-kadang aku stress sepanjang bengkel di sini.. aku masuk tandas nak tenangkan fikiran jer... hehehe


So kalau korang datang ke JB, menginap lah di New York Hotel.. hahaha.. promot plak





Bengkel Pemurnian Item Peperiksaan


 Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas seminggu aku ber 'out station' di Johor Baru untuk menghadiri Bengkel Permurnian Item Peperiksaan Peringkat Politeknik.



Ni satu pengalaman baru la bagi aku dapat pi pasang soalan ni untuk buat set soalan peperiksaan.. lagi pon aku salah seorang penggubal bagi salah satu kursus yang ditawarkan di Politeknik. 



Cuma bengkel ni memang buat kerja punya bengkel la.. takda la mai nak bercuti ke apa.. memang datang buat kerja punya... dari pagi sampai ke malam... tambah-tambah ke hari terakhir tu sampai tengah malam dok buat kerja...


Kerja apa yang kena tu sepanjang bengkel tu tak boleh la nak cerita sebab itu benda sulit... tapi ini memang betul-betul kerja punya... hahaha



 Apa-apa pon bengkel ni memang best la.. haaa yang gambar di atas tu adalah deligasi daripada PSP... geng-geng JKM PSP... terbaiikk...








Sunday, March 3, 2013

CIDOS e-learning - JF505

Dan entry seterusnya adalah berkaitan CIDOS e-learning yang aku buat sendiri juga sehingga terpilih menjadi johan... hehehe.. ni aku nak kongsi skit la apa yang aku buat...


Dalam CIDOS e-learning ni, para pelajar boleh chat, boleh download nota-nota yang aku ajar, boleh buat online kuiz atau test, buat direct link terus ke website yang aku selalu buat sebagai rujukan dan ada juga forum berkaitan kursus yang aku ajar juga...




Lecture Maker - JF505

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaa harini aku nak share skit la perisian yang aku buat sampai dapat johan pertandingan Lecture Maker ni dengan anda semua... hehehe...








ehhhmmmmm... yang jenis-jenis robot dan bilangan kuiz tu aku letak contoh satu jer la ek... harap benda ni dapat di aplikasikan kepada para pelajar aku nanti la...







CIDOS e-learning dan Lecture Maker

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Pada minggu lepas aku telah hadiri kursus Lecture Maker dan CIDOS. Sepanjang kursus tu para peserta diajar cara nak buat interactive slaid dan cara nak kendalian CIDOS untuk kemudahan pelajar-pelajar... haaaa yang bestnya di akhir kursus tu diadakan pertandingan bagi perisian Lecture Maker dan CIDOS... dan... dan.... dan... aku... aku.... hahahaha.... segan plak nak bagi tau...





Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan JKM...



Dan aku dapat Johan plak.. syukur Alhamdulillah...  hasil tunjuk ajar rakan-rakan dan tenaga pengajar juga..