Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, April 23, 2013

Majlis Tahnik Baby Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Syukur Alhamdulillah kerana anak aku dan isteri aku semakin sihat dan sejahtera... harini aku telah buat satu majlis tahnik atau 'membelah mulut' bagi anak kesayangan aku nih... Ayah aku telah menjemput imam masjid di taman perumahan mak ayah aku untuk mentahnik anak aku ni...

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut selalunya dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma (tamar) dan selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal, Ulama, dan Syeikh. Prosesnya ialah meletakkan sedikit manisan pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada kurma, manisan lain yang boleh digunakan juga adalah seperti titisan madu, nira nipah dan kelapa.

 Sepatutnya kalau lebih afdal lagi ialah membuat tahnik selepas saja bayi dilahirkan dan sebelum ia merasa susu ibunya. Tapi disebabkan anak aku kena tahan wad selepas dilahirkan dan kelmarin baru balik rumah, maka hari ni baru la kami sekeluarga  buat.


Tujuan tahnik adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak selesa. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar. 


Umat yang terbaik adalah umat yang mengamalkan sunnah Rasullulah, maka kita selaku umatnya haruslah sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah ini. Insyaallah aku akan cuba mengamalkan segala sunnah Rasullulah dalam kehidupan aku dan keluargaku ini...





Monday, April 22, 2013

My Baby Gurl Gwiyomi...

Alhamdulillah... syukur pada mu Ya Allah... anak perempuan ku semakin sihat dan ceria... tapi semalam tak boleh discharged lagi sebab berat baby aku menurun... harap-harap harini dah boleh balik la... Papa rindu baby nih... hehehe....



 Hari pertama anak ku di lahirkan - 20/04/2013

 Mata pon buka sikit-sikit jer... malu-malu lagi ni - 20/04/2013



 Hari kedua baby - 21/04/2013 (bufday tokwan dia)

 
Hamboii... lena lagi ni - 21/04/2013


Latest baby harini... hehehe - 22/04/2013



Papa doakan baby sihat sejahtera dan membesar menjadi anak yang solehah... papa akan berusaha menjadi ayah yang terbaik untuk baby... insyaallah....





Saturday, April 20, 2013

20/04/2013 - Kehadiran Insan Tersayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Pertama sekali ingin aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memakbulkan doa aku selama ini. Syukur Alhamdulillah kerana pada hari ini, isteri aku yang tercinta iaitu Nor Azima Ahmad telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.48 petang di KPJ Specialist Bandar Perda. Setelah hampir 8 jam berhempas pulas, bayi seberat 2.81 kg ini telah berjaya dilahirkan ke dunia ini dan menjadikan aku seorang 'Ayah' dan isteriku seorang 'ibu'...

Kebetulan pada 14/04/2013 yang lalu adalah hari lahir ibu mertua aku dan esok (21/04/2013) adalah hari lahir ayah aku...

Syukur, inilah zuriat aku yang pertama dan aku berjanji akan menjadi ayah yang terbaik pada anak aku ini... insyaallah... moga kami sekeluarga berbahagia hingga ke akhir hayat... aminnnnnnn...




Thursday, April 18, 2013

Lawatan ke LYNAS...

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ehhhmmm ramai dok kata kilang pemprosesan nadir bumi ni ber radio aktif sgt tinggi la... bahaya untuk manusia la... tapi kalo tak kenal maka tak cinta.. so jom kita bawa pelajar sendiri pi tengok.. tol ker banyak sangat radio aktif tu??? banyak sangat...



















Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Guar Perahu, Penang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Apa kabaq semua..?? haaaa aku dah lama teringin nak pi kuliah UAI ni.. dari dulu lagi tapi tak penah berkesempatan.. mesti ada hal jer... so kali ni Alhamdulillah aku dapat pi juga ke kuliah beliau... dia datang pukul 8.30 malam, pukul 6 petang aku dah pi tau... dari rumah aku ke guar perahu tu dalam 15 minit jer... semangat nih...

 Semangat nak berjumpa UAI nih..


 








Dah habis kuliah UAI, aku setia menunggu sampai beliau habis makan dan keluar ikut pintu belakang masjid untuk bersalam dengannya.. lembut tol tangan dia.. tangan seorang ulamak... ambil berkat...








Buku Cara Nak Sukses Main ANGRY BIRDS

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Fuhhhhh lama tol tak menulis... sibuk skit... tambah-tambah isteri aku yang dah nak due bersalin nih... lagi la sibuk... doakan semuanya selamat ek... tq....

Haaa ni aku nak tunjuk satu buku yang aku jumpa masa gi kedai buku Hasani di Carrefour Seberang Jaya baru-baru nih...



Hehehehe.... nak tergelak pon ada... kalau korang dok main Angry Bird tapi tak menang-menang lagi... anda lah paling layak untuk membeli buku ni.... ahakz




Tuesday, April 2, 2013

Kacang Pool Homemade...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Ehhhmmmm haritu aku ada buat entry pasal kacang pool haji di Larkin kan... haaaa disebabkan teringin nak makan lagi maka aku pon try la buat juga di rumah... jeng jeng jeng... ni la hasilnya... hehehe...



Resipi aku ambil dari internet jer... Alhamdulillah rasa tu hampir sama la.. yang bezanya aku tak masukkan jintan putih dan jintan manis jer... alaaaa dalam internet berlambak resipi nyer.. antara jadi dengan tak jer... 


So... takkan tengok jer... try la buat... bila lagi nak try rasa kacang pool haji ni... hehehe