Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, May 28, 2013

Mama Adriana (Cimot) Masuk Wad...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk pada entri kali ni, dah tau la ek kali ni cerita tentang apa... haaaa bini aku telah disahkan kena batu karang baru-baru ni. Tak la besar sangat hingga membahayakan nyawa tapi sakit juga la. Maka kami pun pi la KPJ Specialist Penang tempat anak aku dilahirkan untuk buat check up untuk mak dia plak...

 

Maka setelah di check dan di scan dengan kaedah CTU (scan saja RM500), maka doktor syor kan suruh bini aku buat ESWL atau  Extracorporeal shock wave lithotripsy... Disebabkan bini aku di cover oleh insurans maka kami pon setuju la buat ESWL nih tanpa mengetahui berapa kos sebenarnya...


ESWL ni salah satu kaedah terkini untuk memecahkan batu karang tanpa perlu melakukan pembedahan pada pesakit.. kira guna shock wave jer untuk pecahkan batu tersebut.. kemudian ia akan keluar sendiri mcm pasir melalui pembuangan air kecil.


 Aku yang setia menunggu bini aku yang tengah buat proses ESWL nih.. prosesnya dalam 45 - 55 minit jer... tapi kesannya nanti bini aku akan pening sikit la.. di sebabkan kos ni di biayai oleh insurans, maka aku tak ambil tau la berapa kosnya.. selepas bini aku suruh aku tanya... rupanya kosnya ialah dalam RM9400... fuhhhh... waktu ni aku rasa bersyukur sangat dengan adanya insurans cover nih... mungkin ni la kelebihannya kalau kita ada cover nih... kita pon taktau bila kita akan sakit... nak pi hospital kerajaan ok tapi kena tunggu turn la... kalo private cepat tapi kena keluar duit lebih sikit la...

Alhamdulillah, bini aku pon dah ok... maka baby dapat jumpa mama dia la selepas seharian tak jumpa harini... hehehe...








Thursday, May 23, 2013

Majlis Aqiqah Nursyasya Adriana Bt Syafirul Ikmar

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada  11 Mei 2013 atau bersamaan 11/05/2013 yang lalu, aku dan isteri aku telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuan aku di rumah mertua aku di Slim River. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada haritu.

Kat atas tu la gambar kambing yang aku beli untuk majlis aqiqah nih... yg tukang pegang kambing tu la pak mertua aku... untuk anak perempuan sekor kambing jer.. untuk anak lelaki 2 ekor kambing... 

Si comel papa ni bersemangat tol pada haritu..

 
Selesai jer sembelih kambing, maka bermula la sesi memasak...

 
 Masakan semuanya buat gotong-royong jer..



 Alang-alang buat aqiqah, pak mertua aku suruh buat marhaban dan cukur rambut sekali..


 Possing sikit dengan si comel papa nih...


 Mama dia pon nak berpossing juga dengan si comel...


 "saya dah siap dah... comel tak saya?? hehehe"


 Adriana yang dah siap pakai baju diletak dalam katil dia sebab ada buaian..


 
 Pak imam baca doa sikit kat baby aku...


 Peralatan nak cukur rambut.. potong sikit jer ambil syarat...


 Anak aku senyap jer... alhamdulillah... tak nangis pon


 Semua dah selesai... makan time..!! hehehe




 We are family..!! hehehe





 


 "saya letih la..papa... nak tido jap la..."








Monday, May 20, 2013

Setahun Berlalu...

Dikala harini genap la sebulan usia anak perempuan aku, sebenarnya harini juga genap lah setahun pemergian anak lelaki aku, Muhammad Bin Syafirul Ikmar yang meninggal akibat keguguran oleh isteri aku semasa kandungan berusia 5 bulan...

Walaupun kandungan berusia 5 bulan tetapi disebabkan kandungan tersebut telah cukup sifat, maka kandungan tersebut telah diuruskan seperti jenazah orang iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikebumikan dan diberikan nama iaitu Muhammad. Semoga roh arwah anak aku ini dicucuri rahmat, dan tunggu papa dan mama di pintu syurga yer anakku...



Sebulan Sudah....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ehhmmmm lama tol tak menulis.. sejak-sejak dah ada anak ni dah jarang menulis... maklumlah kena bagi perhatian lebih pada anak dan mama dia yang dalam pantang tu... hehehe... Harini genap lah umur sebulan anak aku - Nursyasya Adriana Binti Syafirul Ikmar. Semoga anak aku semakin sihat dan ceria selalu...

Sebenarnya hidup aku kini lebih bermakna dengan kehadiran insan tercinta yang ketiga ni selepas keluarga dan isteri aku.. nak kerja pon ada semangat sebab nak cari duit untuk anak dan isteri.. haaa baru berkat kerja nih.. cewaaahhh...

 Dah ada anak ni, tidur tak cukup tu biasa la.. aku ok lagi, isteri aku tu tidur dua jam jer pastu bangun menyusu pastu dodoikan anak jap baru tidur.. cukup dua jam, isteri aku bangun semula untuk susukan anak aku... macam tu la rutin setiap malam... tengok betapa besar pengorbanan seorang ibu kepada anaknya... perkara ni buat aku lebih menghargai ibu aku bila tengok macam mana isteri aku berkorban untuk anak aku... aku pon bangun juga setiap dua jam jaga anak aku bila aku balik kampung... kesian tengok isteri aku tak cukup tidur...

So kepada anak-anak, jangan la menderhaka atau melawan cakap ibu bapa.. besar pengorbanan mereka dalam membesarkan kita...