Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Monday, May 20, 2013

Sebulan Sudah....

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ehhmmmm lama tol tak menulis.. sejak-sejak dah ada anak ni dah jarang menulis... maklumlah kena bagi perhatian lebih pada anak dan mama dia yang dalam pantang tu... hehehe... Harini genap lah umur sebulan anak aku - Nursyasya Adriana Binti Syafirul Ikmar. Semoga anak aku semakin sihat dan ceria selalu...

Sebenarnya hidup aku kini lebih bermakna dengan kehadiran insan tercinta yang ketiga ni selepas keluarga dan isteri aku.. nak kerja pon ada semangat sebab nak cari duit untuk anak dan isteri.. haaa baru berkat kerja nih.. cewaaahhh...

 Dah ada anak ni, tidur tak cukup tu biasa la.. aku ok lagi, isteri aku tu tidur dua jam jer pastu bangun menyusu pastu dodoikan anak jap baru tidur.. cukup dua jam, isteri aku bangun semula untuk susukan anak aku... macam tu la rutin setiap malam... tengok betapa besar pengorbanan seorang ibu kepada anaknya... perkara ni buat aku lebih menghargai ibu aku bila tengok macam mana isteri aku berkorban untuk anak aku... aku pon bangun juga setiap dua jam jaga anak aku bila aku balik kampung... kesian tengok isteri aku tak cukup tidur...

So kepada anak-anak, jangan la menderhaka atau melawan cakap ibu bapa.. besar pengorbanan mereka dalam membesarkan kita...


No comments: