Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Thursday, November 28, 2013

Cerita Pokok dan Mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.



Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada geseran kecil, sang mancis terus membakar.



Kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana geseran kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat pula makan burung.



Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapa pon dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.



Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi waktu lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banya teman disekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting jauh lebih dari harta.



Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.


Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai....






Tuesday, November 26, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ku Yang Ke-2

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat illahi kerana aku masih lagi bernafas untuk menulis disini. Harini genap lah 2 tahun aku mendirikan rumah tangga bersama isteri ku yang tercinta iaitu Nor Azima.. Tahun ni juga tahun yang amat bermakna buat kami berdua kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang comel dan baik sangat iaitu Nursyasya Adriana...Tidak dilupakan arwah Muhammad iaitu abang kepada Nursyasya yang sedang menunggu kami sekeluarga di pintu syurga... Papa sayang kedua-dua anak papa ni...


 

Syukur pada mu Ya Allah...

Syukur pada mu Ya Rahman... Ya Rahim..

Semoga hubungan kami sekeluarga kekal bahgia hingga ke jannah..



 

Sunday, November 10, 2013

Kebetulan... Huhuhu


Hehehehe... 




Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kumpulan EDU -Q

Sebenarnya dah lama dah KIK ni berlangsung, cuma baru berkesempatan nak update pasal benda nih.. huhuhu... tapi kena update juga sebab kumpulan aku wakil staf PSP ke peringkat kebangsaan tu.. hehehe...

 

 
Ni la projek KIK kami - Refrigeration System Kit ( Kit Sistem Penyejukan)






















Pertandingan Boling JKM 2013


 Haaaaa yang kat atas tu la piala yang aku dapat masa pertandingan boling yang lalu... hahahha... maklum la 2 tahun tak main boling... what do u expect from me? hehehehe... ada juga hadiah kan... malu weiiii



 Gambar semua peserta yang melibatkan 4 unit iaitu Mekanikal Am, Loji, Tekstil dan Pembuatan..


 aku propa sebelum game mula...









 
 Juara keseluruhan dimenangi oleh Unit Loji... tahniah..!!