Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Thursday, November 28, 2013

Cerita Pokok dan Mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.



Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada geseran kecil, sang mancis terus membakar.



Kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana geseran kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat pula makan burung.



Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapa pon dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.



Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi waktu lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banya teman disekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting jauh lebih dari harta.



Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.


Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai....






No comments: