Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, December 31, 2013

Kata-kata Mutiara 2013

Assalammualaikum,

1. Solat bukanlah 'tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.



31/12/2013 - Goodbye 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama aku tak menulis.. ikutkan harini pon malas juga nak menulis.. sekarang ni kerja makin sibuk... anak pon makin besar.. banyak habiskan masa bersama keluarga... tetapi terlintas juga dihati ini nak tulis juga sebab harini adalah hari terakhir bagi tahun 2013.. esok dah tahun baru iaitu tahun 2014.

Bila sebut tentang 2013 ini, banyak sangat kenangan yang berlaku pada tahun ni... yang paling seronok dan kenangan terindah sangat adalah pada tahun ini aku dikurniakan seorang anak yang comel sangat... syukur Alhamdulillah... itulah hadiah yang paling bernilai yang pernah aku perolehi pada tahun ni.


 

Aku berharap pada tahun 2014 nanti dan tahun-tahun yang akan datang.. aku dan keluarga sentiasa dimurahi rezeki oleh Allah SWT, mendapat kebahgiaan dalam rumah tangga dan sentiasa mendekatkan diri kami sekeluarga dengan Tuhan yang satu iaitu Allah SWT...  


Masa itu umpama sungai yang mengalir... sekali kita sentuh air di sungai itu, lepas tu kita takkan dapat lagi sentuh air yang sama kerana ia sentiasa mengalir... begitu juga masa... ianya sentiasa berjalan tanpa menunggu kita... hargai lah masa yang ada ini... guna sebaiknya.. masa yang berlalu.. takkan berulang kembali.... 

bye bye 2013...




 

Wednesday, December 11, 2013

11/12/13

Assalammualaikum,


Saya harap saya org yang pertama untuk memberitahu anda.
Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.

Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah

Ia dipanggil 'MONEY BAGS'.

Kita satu-satunya generasi
yang telah melihat ...

01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12

& akan menempuh tarikh   11/12/13  hari ini....



 Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam...