Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Monday, January 21, 2013

Kasih Seorang Ibu...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Masa kecik-kecik dulu aku selalu lawan cakap mak aku... kadang-kadang tak puas hati dengan apa yang mak aku belikan, aku takmo bercakap dengan mak aku... mungkin waktu tu aku masih tak paham lagi pengorbanan seorang wanita yang digelar "IBU"...

Andai lah dari kecil lagi semua orang dapat mengetahui susah payah serta penat lelah seorang ibu menjaga diri dan kandungannya sepanjang 9 bulan 10 hari mengandungkan kita, aku rasa tak mungkin akan timbul kisah anak menderhaka pada ibunya sendiri....

Sepanjang aku menjaga isteri aku yang sedang mengandung 6 bulan nih, aku perhatikan banyak susah payah yang dihadapi oleh isteri aku sepanjang dia mengandung ni... sakit sana sini.. lenguh dan kram sendi-sendi... tido tak selesa tiap-tiap malam... makan kadang lalu kadang tidak... tapi walau apa pon kesusahan yang dialami oleh isteri aku, dia tetap utamakan kandungannya dari dirinya sendiri... dan aku percaya setiap wanita yang mengandung juga mengalaminya termasuk la IBU aku....



Bila aku muhasabah diri ni, dan fikir balik apa kesalahan yang aku dah buat pada ibu aku masa aku kecik-kecik dulu... menitis air mata aku... andai aku diberi kesedaran ini sejak dari kecik dulu... akan aku ikut semua yang dicakap oleh ibu aku... takmo dah lawan-lawan cakap dia...

Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa dia demi anak dalam kandungannya.. tapi bila lahir, anak tu menderhaka pada ibunya sendiri... sebab itulah doa seorang ibu tu terus ke Tuhan dan tiada sekatan...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi; doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua ke atas anaknya.” (Hadis hasan al-Tirmizi)