Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, February 12, 2013

Makan Besar Family + Mertua

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Masuk minggu ni dah 2 minggu mertua aku tinggal dirumah aku. Tak la sunyi sangat aku dengan bini aku di rumah dan kedua-dua mertua aku sangat pandai memasak. Yela sementara nak tunggu kehadiran insan ketiga iaitu my first baby bulan April ni, insyaallah.. Depa masak memang sedap-sedap.. sebab tu la kalau aku balik kampung bini aku di Slim River, bila balik mesti berat naik... hahaha...


Saja la mertua aku nak jalan-jalan di Penang ni. Lagipon ramai adik beradik bini aku tinggal di utara ni. Jadi semalam family aku ajak la mertua aku gi makan ikan bakar di persiaran Queenbay, Penang. Bestla juga.. layan jer sebab bukan malam minggu jadi orang tak ramai pastu makan betul-betul tepi pantai plak.. fuhhhh... memang layan la.. kalau hari minggu, sampai kena beratur nak cari tempat duduk... lagipon sekali sekala makan ramai-ramai ni seronok jugak.


Aku ni sebenarnya kalau bab makan, tak berkira sangat tentang harga. Mungkin terikut-ikut cara abah aku rasanya.. Yela, kalau makan sedap, servis ok.. mahal pon takpa... janji puas hati.. sebab kalau mahal-mahal pon masuk ke perut kita juga... nikmat kesedapan tu sebenarnya tak dapat di jual beli.. hahaha...


Malam ni nak hantar mereka pulang ke kampung dah.. insyaallah bulan depan mungkin mak mertua aku datang balik kot sebab nak jaga bini aku yang nak dekat due date dah...









BB1M - Baucer Buku 1 Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ni agak sibuk sikit sebab kena buat kuiz dan ujian Industrial Robotics pada pelajar semester 5. Di samping kesibukkan tersebut, datang pula BB1M ke PSP. Untuk pengetahuan, tujuan BB1M ini untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Setiap pelajar diberi RM250 pada tahun ni. Pada tahun lepas, pelajar dapat juga BB1M tapi RM200 jer. Tahun 2013 ni kerajaan up lagi RM50. Tu pon ada yang tak bersyukur lagi dengan pemberian ini.


Jadi minggu ni berebut-rebut la pelajar datang je pejabat ni untuk ambil baucer ni, termasuklah pelajar-pelajar aku seramai 20 orang dari kelas DTP 2. Tapi setiap sorang aku pesan suruh beli buku yang berguna sebab ada kes tahun lepas dimana ada pelajar menjual baucer ini untuk mendapat tunai. Siap promosi di mudah.my lagi... haaa kali ini kerajaan dah pantau masalah ni dari setiap media sosial yang ada di negara ni.... ehhhmmmmm...


Untung la pelajar sekarang, zaman aku dulu semuanya kena pakai duit sendiri. Nak beli buku kat universiti mahal-mahal, jadi terpaksa kongsi dua, tiga orang untuk beli satu buku. Kadang-kadang pinjam di perpustakaan, kemudian fotostat jer nota-nota yang perlu.. nak seribu daya...