Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Saturday, April 20, 2013

20/04/2013 - Kehadiran Insan Tersayang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Pertama sekali ingin aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memakbulkan doa aku selama ini. Syukur Alhamdulillah kerana pada hari ini, isteri aku yang tercinta iaitu Nor Azima Ahmad telah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.48 petang di KPJ Specialist Bandar Perda. Setelah hampir 8 jam berhempas pulas, bayi seberat 2.81 kg ini telah berjaya dilahirkan ke dunia ini dan menjadikan aku seorang 'Ayah' dan isteriku seorang 'ibu'...

Kebetulan pada 14/04/2013 yang lalu adalah hari lahir ibu mertua aku dan esok (21/04/2013) adalah hari lahir ayah aku...

Syukur, inilah zuriat aku yang pertama dan aku berjanji akan menjadi ayah yang terbaik pada anak aku ini... insyaallah... moga kami sekeluarga berbahagia hingga ke akhir hayat... aminnnnnnn...