Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, April 23, 2013

Majlis Tahnik Baby Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Syukur Alhamdulillah kerana anak aku dan isteri aku semakin sihat dan sejahtera... harini aku telah buat satu majlis tahnik atau 'membelah mulut' bagi anak kesayangan aku nih... Ayah aku telah menjemput imam masjid di taman perumahan mak ayah aku untuk mentahnik anak aku ni...

Sunat 'Tahnik' atau belah mulut selalunya dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma (tamar) dan selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal, Ulama, dan Syeikh. Prosesnya ialah meletakkan sedikit manisan pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada kurma, manisan lain yang boleh digunakan juga adalah seperti titisan madu, nira nipah dan kelapa.

 Sepatutnya kalau lebih afdal lagi ialah membuat tahnik selepas saja bayi dilahirkan dan sebelum ia merasa susu ibunya. Tapi disebabkan anak aku kena tahan wad selepas dilahirkan dan kelmarin baru balik rumah, maka hari ni baru la kami sekeluarga  buat.


Tujuan tahnik adalah untuk melazimkan bayi membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis. Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak selesa. Selain itu, tujuan lain adalah untuk melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar. 


Umat yang terbaik adalah umat yang mengamalkan sunnah Rasullulah, maka kita selaku umatnya haruslah sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah ini. Insyaallah aku akan cuba mengamalkan segala sunnah Rasullulah dalam kehidupan aku dan keluargaku ini...