Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Tuesday, May 28, 2013

Mama Adriana (Cimot) Masuk Wad...


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk pada entri kali ni, dah tau la ek kali ni cerita tentang apa... haaaa bini aku telah disahkan kena batu karang baru-baru ni. Tak la besar sangat hingga membahayakan nyawa tapi sakit juga la. Maka kami pun pi la KPJ Specialist Penang tempat anak aku dilahirkan untuk buat check up untuk mak dia plak...

 

Maka setelah di check dan di scan dengan kaedah CTU (scan saja RM500), maka doktor syor kan suruh bini aku buat ESWL atau  Extracorporeal shock wave lithotripsy... Disebabkan bini aku di cover oleh insurans maka kami pon setuju la buat ESWL nih tanpa mengetahui berapa kos sebenarnya...


ESWL ni salah satu kaedah terkini untuk memecahkan batu karang tanpa perlu melakukan pembedahan pada pesakit.. kira guna shock wave jer untuk pecahkan batu tersebut.. kemudian ia akan keluar sendiri mcm pasir melalui pembuangan air kecil.


 Aku yang setia menunggu bini aku yang tengah buat proses ESWL nih.. prosesnya dalam 45 - 55 minit jer... tapi kesannya nanti bini aku akan pening sikit la.. di sebabkan kos ni di biayai oleh insurans, maka aku tak ambil tau la berapa kosnya.. selepas bini aku suruh aku tanya... rupanya kosnya ialah dalam RM9400... fuhhhh... waktu ni aku rasa bersyukur sangat dengan adanya insurans cover nih... mungkin ni la kelebihannya kalau kita ada cover nih... kita pon taktau bila kita akan sakit... nak pi hospital kerajaan ok tapi kena tunggu turn la... kalo private cepat tapi kena keluar duit lebih sikit la...

Alhamdulillah, bini aku pon dah ok... maka baby dapat jumpa mama dia la selepas seharian tak jumpa harini... hehehe...