Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Sunday, June 16, 2013

Hari Bapa

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Haaaa... lama tol tak update blog nih... busy sikit.. busy menjaga anak... hahaha.. boleh tak guna alasan tu.. Ok, harini adalah Hari Bapa. Aku pon malas la nak google asal usul hari bapa nih sebab bagi aku ialah tiap-tiap hari adalah Hari Bapa. Cuma untuk harini aku buat entry khas tentang "BAPA"...

 
Bapa aku...  Pak Din...

Nama bapa aku adalah Shaharudin Bin Shaari. Syukur alhamdullilah kerana aku mendapat seorang bapa yang terbaik dalam hidupku.. Aku dibesarkan oleh bapa aku dengan penuh tegasan dimana pendidikan didahulukan baru lah hiburan... bapa aku banyak mengajar aku tentang kehidupan ini... ilmu dunia dan akhirat.. ajar aku tentang pengurusan kewangan.. menjadi penyelamat dan pelindung aku dari aku kecil hingga lah sekarang... tak jemu-jemu memberikan yang pandangan dan nasihat kepada aku... syukur sangat kerana aku mendapat seorang bapa seperti nih... dan aku berjanji akan menjaga mereka (ibu bapa aku) sepenuhnya bila mereka perlukan atau tidak... aku akan sentiasa ingat pada mereka dan ada untuk mereka jika mereka memerlukan aku.. setiap pagi aku hadiahkan Al-Fatihah kepada mereka... dan sentiasa berdoa moga tuhan ampunkan segala dosa-dosa mereka... amiiiinnnnnnn


 
Aku dan anak ku.. NurSyasya Adriana

Bila sebut tentang BAPA nih... haaa tahun ni aku pon dah menjadi seorang BAPA.. Syukur kerana dikurniakan seorang anak yang comel nih... jadi selamat hari bapa untuk diri aku yang pertama kali jadi bapa nih.. aku berjanji akan menjaga anak aku dengan sebaiknya... sentiasa ada untuknya... didiknya dengan penuh kasih sayang... utamakan pendidikan daripada hiburan.. penuhkan dia dengan ilmu dunia dan akhirat agar dia menjadi seorang muslimah yang sejati dan diredhai Allah SWT... aminnnnnnn.... semoga kami kekal bersama selamanya....