Klik Sini Untuk Satu Kejutan..... nuff

~Followers Of mY bLog..~

Thursday, January 2, 2014

02/01/2014 - My Day

Assalammualaikum,

Alhamdulillah.. itulah perkataan yang terpacul keluar dari mulut ku ketika aku bangun pada pagi ini... syukur kerana aku masih lagi bernafas di hari ini dimana pada hari ini adalah hari aku dilahirkan... Selamat Hari Lahir kepada diriku ini... Syukur kerana aku masih bersama-sama dengan keluarga yang tercinta, masih bersama dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dari depan belakang kiri dan kanan, masih bersama kerja yang aku anggap murni dalam mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi seorang 'insan' yang berguna pada dunia dan akhirat, masih ditemani oleh pelajar-pelajar yang dimana aku anggap sebagai adik-adik yang dahagakan ilmu untuk mencapai kejayaan mereka... Alhamdulillah... alhamdulillah....


Ya Allah, semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lalu... bimbing lah aku, betulkan aku, kerana aku hambaMu sentiasa tidak lepas dari melakukan kesalahan... Aaaamiiiinnnnnnn....






No comments: